Heheheh .. subject tu .. my daughter Ayush yang suka cakap ... ni suma
influence dari sekolah lah nih ... ok .. the subject for this entry ni
.. actually derive dari a friend's
blog yang mengatakan tentang poligami .... dari blog dia ni .. nak
pendek kan cerita .. memang saya sokong benar .. ada truth dalam
perbincangan dia .. dan kita harus menerima nya dengan minda yang
terbuka dan Iman yang mantap.
Dalam article beliau itu ... terngiang ngiang ... suatu perbicaraan aku
dengan arwah Abah sedikit masa dahulu ..... but I am just not a good
writer as my friend ni .. so susah sikit nak mentranslate kan my conversation with arwah Abah ...
Tapi tadi pagi time tengah termenung kat bilik termenung .... aku ni
selalu nya tak termenung, tapi baca komik ... So dalam artikle kat
komik UJANG tu .. ada artikel yang kene mengena dengan artikel kawan
aku nih .. actually by reading kawan
ni punya artikel, dan artikel artikel yang lain lain sebelum nya .. aku dapati dia ni sekepala dengan aku, nama pun
serupa ... cuma beza nya ... beliau ni pandai nak meluah kan.. tapi aku
ni .. hhhmm .. biasa lah .. minah cut and paste .. jadi ..nak cut and
paste kat comment blog dia panjang sangat .. so aku cut and paste kat
sini jer lah yeee ...
Article nya berbaca begini :-
Sebut
segala perangai yang buruk: ego, degil,mementingkan diri sendiri,
mengikut hawa nafsu, tamak, tak bertimbang rasa .. semua nya ada pada
lelaki.
Sebut segala yang baik: baik, budiman, mulia, suci, bersih, bermutu ... semuanya ada pada perempuan!
Itulah perspsi umum. Persepsi yang
sebenarnya berhasil daripada usaha-usaha halus penggerak hak asasi
wanita untuk memesongkan alam semsta.
Realitinya, semua tu tipu.
Memang betul perempuan lemah lembut,
penyantun, penyayang, dan serba mak datuk lagi. Tapi itu dimata kasar.
Dimata halus, ... kerat kaki lapan kali pun kau tak percaya.
Yang aku nampak, yang aku tengok,
makhluk yang paling ego, paling mementing kan diri, tamak dan tak
bertimbang rasa di dunia bukan lah lelaki, bukan juga bapuk,tetapi kaum
yang satu lagi yang hidupnya sering bermodalnya air mata itu
Dakwaan itu tidak dibuat secara
sembrono. Banyak bukti nya. Tengok aje lah di pejabat anda, pekerja
mana yang paling degil, keras hati, dan payah nak dibawa berunding?
Selalunya perempuan.
Memang betul, selalu nya dia jadi
begitu kerana patuh pada bos. bagi chauvinist perempuan itulah bukti
kaum sejenis mereka pekerja yang baik. Tetapi baik dan bodah selalu nya
dipisah kan oleh garisan yang sangat tipis.
Dalam hal berurusan dengan orang pun,
selalu nya orang perempuan adalah jenis 'kalau dia kata itu, maka
itulah ... tak ada ini ini lagi'. Kalau dia kata hendak kan sesuatu,
maka dia buat sampai dapat. Jika tidak sampai tahun 7150 masehi pun dia
pasti mengunkit-ungkit. Bukan kah itu makna nya degil dan mementing kan
diri.?
Tetapi contoh paling jelas, paling
nyata dan paling sah tentang sifat perempuan yang tidak bertolak ansur,
bertimbang rasa dan tamak haloba ialah dalam bab yang kene mengena
dengan Poligami.
hakikat bahawa yang ingin dikahwini
oleh suaminya itu adalah kaum sejenis mereka sendiri., jarang sangat
diambil peduli. Hakikat bahawa perkahwinan itu akan menyelamat kan
seseorang, atau dua atau tiga orang wanita daripada tak bersuami,
jarang dihiraukan. Malah aku pernah dengar seorang perempuan itu kata,
dia lebih rela berkongsi nasi dengan kucing daripada berkongsi kasih
dengan perempuan lain.
Demikian lah loratnya kaum yang satu itu. Kaum yang biar tak senonoh macam mana pun, aku tetap berkenan ......
Matt Romeo (mattromeo@yahoo.com)
Kalau kita baca dengan jiwa
perasaan perempuan .. memang lah kita akan marah ... tapi kalau kita
baca dengan minda yang terbuka .. bukan kah ada ia nya artikel ini ....
Renung kan lah..........................
| |